Terms & Conditions

Pembayaran & Tempahan

Untuk mengesahkan tempahan, Bayaran penuh diperlukan. Kami tidak menerima sebarang Deposit.

Pembatalan & Pengembalian Wang

Semua pembayaran adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan. Pembatalan tempahan tidak melayakkan pelanggan kepada sebarang refund.

Kelakuan & Peraturan Studio

Setiap sesi hanya dikhaskan untuk satu pasang baju sahaja.

Penggunaan kasut adalah tidak dibenarkan. Sekiranya pemakaian kasut diperlukan, kasut hendaklah BERSIH sebelum memasuki Studio.

Sebarang peralatan atau hiasan di dalam studio tidak boleh dialihkan tanpa kebenaran bagi pihak kami.

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun hendaklah sentiasa dalam pengawasan ibubapa atau penjaga.

Pelanggan adalah bertanggungjawab terhadap barang peribadi masing-masing. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan, atau barang yang tertinggal.

Pemilihan Gambar

Pelanggan diberikan tempoh 1-2 hari sahaja untuk memilih gambar yang hendak dicetak.

Sekiranya pemilihan gambar melebihi tempoh yang diberikan, giliran pelanggan lain akan didahulukan dan sebarang kelewatan frame adalah di luar tanggungjawab kami.

Frame akan disiapkan dalam tempoh 10-14 hari bekerja selepas gambar dipilih dan pembayaran penuh diterima.

Pengambilan Frame & Tanggungjawab Pelanggan

Tempoh pengambilan frame adalah 5 hari dari tarikh siap.

Sekiranya pelanggan gagal mengambil frame dalam tempoh tersebut sebarang kerosakan akibat penyimpanan berpanjangan tidak akan ditanggung oleh pihak kami.

Jika terdapat kerosakan pada frame semasa diterima, pelanggan wajib memulangkan dalam masa 24 jam untuk penukaran atau pembaikan.

Sebarang tuntutan selepas 24 jam tidak akan dilayan.

Tempahan Tarikh & Masa

Para pelanggan dikehendaki menepati masa yang sudah ditempah.

Sekiranya pelanggan gagal menepati masa, giliran masa untuk pelanggan yang menepati masa seterusnya akan diutamakan dan masa pelanggan yang lambat akan ditukarkan ke mana-mana masa terdekat yang kosong.

Lain-lain

Framehouse Studio berhak untuk menggubah mana-mana syarat ini tanpa notis.

Dengan membuat tempahan, pelanggan dianggap telah bersetuju dengan semua terma & syarat yang dinyatakan di atas.